Biografi Michael Crichton

Awal hidup

John Michael Crichton[1] lahir pada 23 Oktober 1942 di Chicago, Illinois.[2][3][4][5] Ayahnya John Henderson Crichton, seorang wartawan manakala Zula Miller Crichton seorang suri rumah. Beliau diibesarkan di bandar Roslyn di Long Island, New York.[1] Pengalamannya yang sering merantau sekitar bndar tersebut selama berbatu-batu tanpa rasa bahaya turut begitu membentuk peluang pendidikannya jika berbanding dengan keadaan hiruk-pikuk yang berlaku di kawasan kotaraya yang lebih pesat.[6]

Beliau mula menunjukkan minat tingginya terhadap penulisan: beliau ada pernah menulis pengalamannya melawat Sunset Crater di Arizona ketika dalam akhbar New York Times ketiks berusia 14 tahun.[7][8]

Dalam pengajian perubatan

Crichton memulakan pengajian tingginya di Harvard College pada tahyn 1960.[7]

Semasa beliau menjalani latihan kerja perklinikan di Boston City Hospital, Crichton mula merasa jelek dengan persekitaran kerjanya yang begitu mengutamakan reputasi doktor yang bekerja di situ berbanding tugaas merawat pesakit.[9][halamanĀ diperlukan] Beliau lulus dari Harvard dengan ijazah Sarjana tahun 1969,[10] serta mendapatkan kefeloan pascakedeoktoran di Salk Institute for Biological Studies, La Jolla, California dari tahun 1969 hingga 1970.[11] Beliua tidak mengambil lesen kedoktoran dan memilih menjadi seorang penulis sepenuh masa.[12]

Kerjaya penulisan

Bahagian ini kosong.
Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. (September 2019)

Penceburan bidang lain

Crichton turut mencipta serta menerbit secara eksekutif drama televisyen berlatarbelakangkan kerjaya para pakar bedah dan doktor berjudul ER. Steven Spielberg turut menjadi pembangun bersama sebagai penasihat kreatif dan penerbit eksekutif msuim pertama sebelum kerja tersebut diambil alih John Wells pada musim-musim berikutnya. Rancangan tersebut menjadi sangat digemari sehingga mendududi kedudukan teringgi carta rancangan televisyen di Amerika Syarikat pada tahun 1994.[13]

Beliau turut mencuba nasib membangunkan seberapa permainan video: permainan pertamanya ialah sebuah judul berformat pengembaraan iaitu Amazon (1984) dihasilkan John Wells dan diedarkan Trillium Corporationuntuk platform-platform Apple II, Atari 8-bit, Atari ST, Commodore 64 dan DOS. Amazon agak laris dengan sebanyak lebih 100,000 salinan dijual.[14] Pada tahun 1999 pula, Crichton mengasaskan syarikat Timeline Computer Entertainment dengan David A. Smith. Malangnya, satu-satunya permainan komputer dihasilkan mereka untuk edaran Eidos Interactive iaitu Timeline (10 November 2000) mendapat sambutan yang negatif.

Senja hidup

Crichton didiagnos penyakit limfoma pada awal tahun 2008.[15] Beliau menjalani rawatan kemoterapi sejak itu dan keadaannya tampak meningkat sehingga ramai kenalannya menyangka beliau dijangka pulih sepenuhnya. Namun, Crichton akhirnya meninggal dunia pada 4 November 2008 ketika berusia 68 tahun.[16][17][18]